Khamis, 28 Januari 2016

Bengkel: Anak Tidak Bercakap - Penyelesaian Alternatif


Kanak-kanak sudah berusia 5 - 10 tahun, tapi masih tidak bercakap atau masih belum boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi memang tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Bagaimana caranya untuk mereka meminta,bagaimana mereka ingin memberitahu apa yang mereka rasa, bagaimana mereka ingin menyampaikan mesej kepada kita jika mereka tidak boleh berkomunikasi secara verbal atau tidak verbal?


Komunikasi itu luas, terdapat pelbagi cara dan alatan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Bukan hanya bergantung pada bercakap sahaja. Dengan teknologi yang canggih, tidak mustahil kanak-kanak yang tidak bercakap boleh berkomunikasi dengan baik.
Apa yang anda akan belajar dalam bengkel ALTERNATIF ini?

  1. Apa itu komunikasi dan kepentingannya
  1. Jenis-jenis komunikasi
  2. Apakah penyelesaian alternatif bagi kanak-kanak yang tidak bercakap
  3. Jenis-jenis komunikasi alternatif
  4. Teknologi terkini bagi komunikasi alternatif
  5. Pemilihan komunikasi alternatif yang sesuai dengan anak anda

Siapa yang boleh hadir ke bengkel ini?
Ibu bapa, guru atau penjaga yang mempunyai / mengajar kanak-kanak dengan masalah:
  1. Autism (non verbal)
  2. Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  3. Global Developmental Delay (GDD)
  4. Down Syndrome
  5. Ibu bapa dengan kanak-kanak yang belum bercakap

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai bengkel ALTERNATIF ini seperti berikut:
TARIKH
:
13 Febuari 2016
MASA
:
8.00 am – 1.00 pm
YURAN
:
RM120 / Seorang (Individu), RM100/seorang (berpasangan/berkumpulan)
TEMPAT
:
Moms & Tots Shoppe, 3A-2, Jalan PPS1, Pusat Perdagangan Selasih, Batu Caves, selangor

Siapa Penceramahnya?

Bengkel ini akan diberikan oleh penceramah jemputan, Puan Nadwah Onwi

C:\Users\Aishah\Pictures\12438727_10153806502684210_1338717178_o (2).jpg

Puan Nadrah Onwi
Patologis Pertuturan-Bahasa

Master in Rehabilitation Science and Technology,
University of Pittsburgh, Pennsylvania. 




Bagaimana Mendaftar?
Ikut langkah-langkah berikut untuk pendaftaran :
  1. Buat pembayaran ke akaun berikut :



  1. Hantarkan slip bayaran ke 012-2947272 atau emailkan ke aishahkassim@gmail.com
  2. Sertakan juga maklumat peserta seperti NAMA, NO TELEFON dan EMAIL
  3. Tentatif dan maklumat bengkel akan dihatar ke telefon atau email anda
  4. Datang ke bengkel pada tarikh dan masa yang ditetapkan
ATAU

HUBUNGI 012-2947272 (SLP AISHAH) UNTUK KETERANGAN LANJUT

Jumaat, 1 Januari 2016

Bengkel Ibu Bapa SpeechWork Therapy : Gabungan Terapi Pertuturan dan Terapi Carakerja


Belajar bahasa bukan semudah yang disangka, tambahan pula bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa disertai dengan masalah-masalah pada perkembangan motor halus dan sensori mereka. Kita belajar melalui deria (sensori). Jika terdapat masalah sensori pada kanak-kanak, ia akan menyebabka kanak-kanak sukar untuk belajar perkara baru tambahan pula bahasa dan komunikasi. Oleh itu terapi cara kerja juga sama pentingnya dengan terapi pertuturan yang mana ianya saling berkait rapat diantara satu sama lain.


Dengan kesedaran itu, saya menggabungkan pengetahuan terapi pertuturan dan terapi cara kerja bagi mendapatka hasil terapi yang lebih baik. Saya menggunakan teknik penggabungan ini yang saya kenali sebagai SPEECHWORK THERAPY di dalam terapi berkumpulan dan hasilnya sememangnya berbeza dan memberangsangkan.

Apa yang anda akan belajar dalam speechwork?
  • Komponen penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
  • Teknik mengajar bahasa kepada kanak-kanak dari sebelum bercakap sehingga bercerita
  • Perkembangan motor pada kanak-kanak dan kepentingannya
  • Kaitan sensori dalam pembelajaran bahasa
  • Teknik integrasi sensori (Sensory Integration) dan sensori diet
  • Bagaimana menggabungkan teknik terapi pertuturan dan carakerja dengan efektif dan melakukannya sendiri di rumah
  • Demonstrasi teknik-teknik pengajaran

Siapa yang boleh hadir ke bengkel ini?

Ibu bapa, guru atau penjaga yang mempunyai / mengajar kanak-kanak dengan masalah:
  • Autism
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  • Global Developmental Delay (GDD)
  • Down Syndrome
  • Kanak-kanak lambat bercakap dengan daya tumpuan yang pendek
  • Atau masalah-masalah lain yang berkaitan bahasa dan perkembangan motor/sensori


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai bengkel SPEECHWORK ini seperti berikut:

TARIKH
:
24 Januari 2016
MASA
:
8.00 am – 5.00 pm
YURAN
:
RM180 / Seorang
TEMPAT
:
I Master Training Academy, 32-2 Jalan Reko Sentral 4, Jalan Reko Sentral, 43000 Kajang, selangor


Siapa Penceramahnya?


Bengkel ini akan dikendalikan oleh saya sendiri SLP Aishah dan Terapis carakerja OT Pn. Liyana 





Noraishah Kassim
Patologis Pertuturan Bahasa





Liyana Raya
Terapis Carakerja


Bagaimana Mendaftar?
Ikut langkah-langkah berikut untuk pendaftaran :

  1. Buat pembayaran ke akaun seperti yang tertera di atas.
  2. Hantarkan slip bayaran ke 012-2947272 atau emailkan ke aishahkassim@gmail.com
  3. Sertakan juga maklumat peserta seperti NAMA, NO TELEFON dan EMAIL
  4. Tentatif dan maklumat bengkel akan dihatar ke telefon atau email anda
  5. Datang ke bengkel pada tarikh dan masa yang ditetapkan



ATAU

Hubungi 012-2947272 (SLP Aishah) untuk keterangan lanjut.

Ahad, 13 Disember 2015

Terapi Pertuturan Di Mana-mana (Bahagian 2)

Hari ini kita akan lihat beberapa situasi seharian yang mana kita boleh melakukan terapi pertuturan. Jangan lupa baca Bahagian 1 Terapi Pertuturan Di Mana-mana untuk lebih kefahaman tentang tajuk ini.

Ajar anak semasa memasak
Waktu memasak juga adalah waktu yang sesuai untuk melakukan stimulasi bahasa.  Tapi pastikan peralatan dan aktiviti yang dipilih sesuai dengan umur dan kebolehan anak. 
Contohnya semasa memotong sayur, perkenalkan perkataan seperti sayur, pisau dan potong pada anak.  Beri sedikit sayur dan pisau mainan.   Potong sayur di tepi anak, dan sebut perkataan atau ayat untuk menerangkan perbuatan yang anda lakukan.

Contoh ayat:      Jom potong sayur,….
Wah Ada pisau …… Ada pisau
Ada sayur sawi… sayur
Jom potong…..
Potong sayur.. potong sayur

Dalam contoh di atas, perkataan telah di sebut berulang kali dalam kombinasi ayat yang berbeza.  Beginilah cara efektif untuk melakukan stimulasi bahasa.  Cuba fikirkan bila masa lain yang sesuai untuk melakukan stimulasi bahasa?

Selasa, 1 Disember 2015

Terapi Pertuturan Di Mana-mana


“Kami suami isteri bekerja, malam baru balik…. Tak ada masa untuk ajar anak la”
“Saya sibuk, Macam mana nak ajar anak bercakap”
“Saya susah nak datang terapi la, saya susah nak cuti”

Begini lah keluhan yang kerap saya dengar apabila menyuruh penjaga melakukan stimulasi bahasa pada anak mereka.  Terdetik di dalam hati saya,

“Adakah mereka tidak risau dengan masalah yang dihadapi oleh anak mereka?”
“Adakah mereka tidak risau dengan masa hadapan yang bakal dihadapi oleh anak mereka?”

Rabu, 25 November 2015

Bengkel: DIY Terapi Pertuturan Di Rumah - Siri 4 (Negeri Sembilan & Selangor)


Ingin mempelajari teknik-teknik yang betul untuk mengajar anak di rumah?
Bengkel DIY Terapi Pertuturan Di Rumah kini singgah di Negeri Sembilan dan Selangor. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:



Pengisian Bengkel:
  • Mengenali masalah bahasa pada kanak-kanak
  • Memilih objektif terapi (apa yang ingin dan perlu diajar)
  • Belajar untuk mengajar kanak-kanak dengan langkah-langkah mudah
  • Teknik-teknik yang betul untuk terapi pertuturan
  • Bagaimana membuat pelan untuk terapi 
  • Pemilihan aktiviti dan material yang sesuai untuk terapi 
  • Perbincangan dan idea-idea dari Patologis Pertuturan-Bahasa

Siapa yang boleh menyertai:
  1.  Ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah
    • Kelewatan bahasa
    • Autism
    • ADHD / ADD
    • Down syndrome
    • Cerebral palsy
    • Pelat
    • Dan lain-lain masalah bahasa dan pertuturan
  2. Guru-guru yang mengajar kanak-kanak instimewa di pusat-pusat atau sekolah.

Pendaftaran

Untuk pendaftaran bengkel, bayaran boleh dibuat seperti berikut:
  • Nama: Noraishah Kassim
  • No. Akaun: 1621 4308 3591 (Maybank)
  • Harga: RM120/pax
  • Promosi: Beli 2, percuma 1.
Selepas pembayaran dibuat, resit bayaran boleh dihantar melalui whatsapp/sms ke 012-2947272 atau email ke aishahkassim@gmail.com. Sertakan bersama nama, nombor telefon dan alamat email.

Terima kasih.

SLP Aishah

Khamis, 19 November 2015

5 Tips Untuk Melatih Kanak-kanak Belajar Bercakap


Sebagai ibu bapa, saat anak anda menuturkan perkataan pertama adalah waktu yang sangat dinantikan. Sudah tentu keletah anak bercakap dapat mendatangkan perasaan yang membahagiakan kepada anda semua. Kanak-kanak sepatutnya mula bercakap seawal umur satu tahun lagi dan akan mula menguasai hampir 50 kosa kata ketika mencecah umur 2 tahun.


Isnin, 26 Oktober 2015

Pengajaran Awal? Alternatif Kepada Mengajar ABC Untuk Kanak-kanak

Tidak salah untuk mengajar ABC sebenarnya, cuma banyak lagi kemahiran-kemahiran lain yang boleh diajar pada mereka yang mana ianya lebih penting untuk perkembangan otak mereka dan dalam menjadi bayi yang lebih bijak yang mana ramai antara kita selalunya tidak sedar ianya adalah satu kemahiran yang penting. Jadi di sini saya berikan apakah kemahiran-kemahiran lain yang boleh diajar selain ABC.