Rabu, 17 Disember 2014

Ada Apa Dengan "Late Talker"?



Berdasarkan Hanen Centre, “late talker” didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berumur 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik tetapi tidak atau kurang bercakap berbanding usianya. Kanak-kanak “late talker” biasanya mempunyai perkembangan yang baik dari segi kemahiran bermain, motor kasar dan halus, kemahiran berfikir dan sebagainya.

 

Isnin, 1 Disember 2014

Mengajar Bahasa Dengan Aktiviti Harian - Bahagian 2



Artikel ini adalah sambungan daripada artikel “mengajar bahasa dengan aktiviti harian – bahagian 1”. Setiap hari kita mesti makan, sama ada di rumah ataupun di luar seperti di restoren dan sebagainya. Jadi peluang ini bolehlah digunakan untuk berinteraksi dan mengajar kemahiran bahasa kepada anak anda. Berikut adalah beberapa contoh kemahiran yang boleh diajar ketika makan.

MENGAJAR BAHASA SEMASA WAKTU MAKAN


Kemahiran Meminta

Anda boleh mengajar kemahiran meminta dengan menggalakkan anak anda meminta objek / makanan yang berbeza semasa waktu makan (tengahari, petang, malam). Untuk menggalakkan anak meminta dengan lebih kerap, anda boleh meletakkan sedikit sahaja makanan yang berbeza di dalam pinggan, jadi anak anda perlu meminta lagi untuk mendapakan makanan. Anda juga boleh meletakkan makanan pada tempat/orang yang berbeza dan membolehkan anak untuk meminta daripada orang yang berbeza seperti ayah, abang, kakak dan sebagainya.

Respon bahasa yang diharapkan perlulah bergantung kepada kemahiran bahasa kanak-kanak itu sendiri. Cuba galakkan anak untuk menggunakan bahasa yang lebih sedikit dari bahasa yang sedia ada, contohnya seperti :

Selasa, 4 November 2014

Mengajar Bahasa Dengan Aktiviti Harian - Bahagian 1


Tidak dinafikan bahawa kebanyakan ibu bapa pada hari ini bekerja dan tidak mempunyai cukup masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Terutamanya yang tinggal di Bandar-bandar besar dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Ianya mungkin lebih sukar jika anak mempunyai masalah kelewatan bahasa dimana masa yang lebih diperlukan untuk mengajar dan mengembangkan kemahiran bahasa mereka.

Salah satu penyelesaian yang boleh membantu ibu bapa adalah dengan mengajar dan berlatih kemahiran bahasa melalui aktiviti harian. Terdapat banyak cara yang menarik yang boleh dilakukan oleh ibu bapa tanpa perlu perubahan yang drastik dalam rutin harian. Tambahan pula, pengajaran yang dilakukan boleh digeneralisasikan serta merta dan membantu kanak-kanak untuk berlatih bahasa dalam situasi yang sebenar.

Rabu, 15 Oktober 2014

Autisma: Sekilas Fakta


Autisma merupakan “neurodevelopmental disorder” yang mana dicirikan dengan gangguan interaksi sosial, komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal, dan perbuatan yang terbatas dan berulangan. Ciri-ciri autisma boleh dikesan dan diperhatikan pada kanak-kanak tersebut sebelum berumur 3 tahun. Autisma berlaku apabila sel saraf dan sinaps di otak kanak-kanak tidak berhubung secara normal. Namun begitu, penyebab dan mekanisma bagaimana autisma memberikan kesan masih belum dapat dikenalpasti.

Mengikut kajian statistik yang dijalankan, autisma berlaku kepada 1-2 orang untuk setiap 1000 orang di dunia dan ia berlaku 5 kali ganda kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Di Amerika Syarikat sahaja, CDC melaporkan bahawa 1.5% kanak-kanak, atau 1 dalam setiap 68 kanak-kanak; dipercayai mempunyai autisma.

Selasa, 30 September 2014

Tips Membaca Buku Dengan Anak-anak



Adakah anda tahu bahawa membaca kepada anak adalah salah satu cara yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran bahasa mereka?. Aktiviti ini sangat digemari oleh kanak-kanak lebih-lebih lagi apabila terdapat gambar-gambar dan cerita yang menarik bagi mereka. Sudah semestinya mereka akan menyuruh kita membaca berulang-ulang kali. Berikut adalah tips untuk meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak melalui membaca. Tips ini juga boleh digunakan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kelewatan bahasa.


Isnin, 22 September 2014

Simptom-simptom Kelewatan Bahasa – Kefahaman



Sebelum kanak-kanak mula bercakap, mereka perlu memahami bahasa terlebih dahulu. Mereka perlu memahami apakah maksud perkataan yang disebut, maksud ayat dan juga bagaimana menggunakannya dalam satu-satu situasi. Kefahaman adalah sangat penting untuk kanak-kanak belajar dan berkembang.


Rabu, 17 September 2014

Kandungan Baru

Untuk menjadikan blog ini lebih komprehensif dan dedikasi dalam membantu stimulasi kanak-kanak, kami akan menambah beberapa kandungan baru di dalam blog ini.

Salah satunya adalah "Tips Stimulasi Bahasa" yang mana mengumpulkan tips-tips bahasa yang turut dimuatkan di dalam Facebook Because You Are Special. Teruskan melawat blog ini, kerana mungkin ada tips baru yang berguna untuk anda!

Teruskan bersama kami bagi melihat perubahan seterusnya! :)

Isnin, 8 September 2014

Bermain & Belajar (24 - 36 bulan)



Pada usia 24 – 36 bulan, kanak-kanak sudah pandai berimaginasi dan berfikir untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran motor mereka juga makin bertambah baik. 


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk membantu mereka belajar dan mengembangkan daya pemikiran mereka. Berikut adalah beberapa idea aktiviti untuk kanak-kanak 24 – 36 bulan.

Rabu, 27 Ogos 2014

Bermain & Belajar (12 - 24 bulan)


Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan membolehkan mereka perkembang dengan lebih pesat.

Rabu, 20 Ogos 2014

Bermain & Belajar (6 - 12 bulan)



Pada tahun pertama kelahiran, adalah penting untuk mereka meneroka persekitaran mereka dan belajar. Pada usia 6 – 12 bulan, bayi sudah mula bergerak, mengensot, merangkak dan mula untuk belajar berjalan. 


Pergerakan mereka sudah mula aktif dan memerlukan ruang yang lebih luas dan selamat. Berikut adalah beberapa idea mengenai mainan yang sesuai bagi mereka:

Selasa, 12 Ogos 2014

Bermain & Belajar (0 – 6 bulan)




Bayi yang baru lahir akan melakukan sesuatu pergerakan disebabkan oleh reflex contohnya seperti bayi akan secara automatik menggenggam jari kita apabila diletakkan di tapak tangan mereka. Tetapi apabila mencecah umur 3 bulan, kebanyakan reflex akan mula hilang. Bayi mula melakukan pergerakan dengan tujuan tertentu.


Khamis, 10 Julai 2014

Apa Yang Kanak-Kanak Sepatutnya Faham



Kemahiran bahasa terdiri dari pemahaman dan penghasilan. Kanak-kanak biasanya akan memahami bahasa terlebih dahulu sebelum mereka menggunakannya dengan efektif. Kefahaman bahasa kanak-kanak akan meningkat dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan umur mereka. Mereka belajar untuk memahami bahasa dan kegunaannya melalui pengalaman, pemerhatian dan interaksi bersama orang dewasa.


Isnin, 23 Jun 2014

Gajet & Bahasa



Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel mengenai satu kajian yang dilakukan di United Kingdom. Dalam kajian tersebut mereka mendapati bilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa meningkat sebanyak 70% dalam masa 6 tahun dan mereka menyatakan bahawa gajet merupakan punca utama masalah ini. 

Adakah negara kita juga sedang mengalami masalah yang sama? 
Dan adakah anda fikir teknologi dan gajet merupakan punca utama masalah kemahiran bahasa ini?

Khamis, 5 Jun 2014

Kegagapan Pada Kanak-kanak


Pernahkah anda mendengar anak anda mengulang sesetengah sukukata, perkataan atau frasa semasa bercakap? Contohnya seperti “mamamamakan” atau “dia..dia..dia pergi sana”. Dalam keadaan ini, anak anda mungkin mempunyai masalah kegagapan atau mungkin juga mereka sedang melalui peringkat kegagapan normal yang biasa dilalui oleh kebanyakan kanak-kanak yang sedang belajar bercakap.
Kegagapan adalah masalah pertuturan yang menyebabkan gangguan pada kelancaran sebutan perkataan ketika bertutur. Ia dicirikan dengan pengulangan sesetengah bunyi, sukukata, perkataan atau frasa, pemanjangan bunyi, atau penghentian bunyi.  


Rabu, 28 Mei 2014

Tips Bercakap Dengan Kanak-kanak Pelat




Kanak-kanak yang sedang membesar ada kalanya sukar untuk menyebut perkataan-perkataan dengan betul dan jelas. Ibu bapa dan orang dewasa juga ada kalanya sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Weiss (1982), Beliau mencadabgkan bahawa pertuturan kanak-kanak sepatutnya :

  • 26-50% difahami pada usia 2 tahun
  • 51-70% difahami pada usia 2 tahun 6 bulan
  • 71-80% difahami pada usia 3 tahun

Manakala menurut formula yang dikeluarkan oleh Dr Peter Flipsen Jr, yang juga turut digunakan oleh SLP / SLT sebagai panduan untuk mengukur tahap kebolehfahaman (intelligibility) bagi kanak-kanak ketika bercakap dengan orang tidak dikenali (strangers), beliau mencadangkan bahawa:

Umur dalam tahun / 4 x 100 = % difahami oleh orang yang tidak dikenali

Isnin, 26 Mei 2014

Strategi Untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak - Bahagian 2






#6 : Berkongsi Perhatian

Bayi dan kanak-kanak akan belajar dengan lebih cepat jika mereka fokus pada sesuatu objek atau orang. Berkongsi perhatian di sini bermaksud kanak-kanak dan orang dewasa memberikan perhatian dan bercakap mengenai sesuatu yang sama pada masa yang sama. Ibu bapa boleh menunjuk objek dan menunggu sehingga kanak-kanak melihat kepada objek tersebut sebelum melabel atau bercakap tentangnya. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak memberi tumpuan kepada objek dan mengaitkan objek dengan label yang betul.


Rabu, 21 Mei 2014

Pengumuman: Kelas Bayi Bijak, Kanak-kanak Cemerlang



TAHUKAH ANDA

  • Setiap tangisan bayi memberikan maksud yang berbeza-beza
  • Cara kita berinteraksi dan memberi respon pada tangisan tersebut juga akan membentuk peribadi anak yang berbeza-beza
  •  Kanak-kanak perlu mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu sebelum mereka bercakap
  • Pemilihan permainan dan aktiviti yang sesuai akan memberi kesan kepada perkembangan intelektual anak-anak
  • Kanak-kanak berkembang mengikut peringkat-peringkat tertentu




Sertai perbincangan dan penerangan mengenai fakta-fakta tersebut dengan menyertai KELAS BAYI BIJAK yang dianjurkan dengan kerjasama antara saya dan Puan Uswatun Hasanah.

Maklumat kelas adalah seperti berikut:

                    Tarikh    : 14 Jun 2014 (Sabtu)
                    Masa     : 9.30 a.m – 12.30 a.m
                    Tempat  : Butik Mumdreams, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Sila hubungi saya / Pn. Uswatun untuk maklumat lanjut di:

012-2947272 (SLT Aishah)
012-6724705 (Pn. Uswatun)
(Whatsapp, call, sms)

Khamis, 15 Mei 2014

Strategi Untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak - Bahagian 1



Sememangnya ibu bapa inginkan anak mereka petah berbicara, apatah lagi apabila ada orang lain mengatakan “Pandainya dia bercakap” ataupun “Petahnya anak Puan A bercakap”. Setiap kanak-kanak akan belajar setiap perkara baru dengan menggunakan setiap deria yang ada. Begitu juga dengan kemahiran bercakap. Ianya boleh DIASAH bermula ketika kanak-kanak masih bayi lagi. Strategi-strategi yang betul haruslah digunakan untuk menggalakkan perkembangan bahasa mereka. Berikut adalah strategi-strategi yang boleh digunakan.

#1 : Bentuk Hubungan

Semestinya kita ingin berkomunikasi dengan seseorang yang mempunyai hubungan yang baik dengan kita. Begitu juga dengan kanak-kanak. Mereka ingin berkomunikasi dengan seseorang apabila mereka merasa selamat dan dihargai. Mereka juga akan berkomunikasi jika mereka merasa selesa dengan seseorang dan jika kita memahami dan memberi respon yang baik dalam setiap percubaan mereka untuk berkomunikasi.





Isnin, 5 Mei 2014

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 12 - 24 Bulan


 
Sebelum ini saya pernah menulis artikel berkenaan Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-kanak: 1 – 12 Bulan dimana pada usia tersebut kanak-kanak mula belajar untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru mereka. Bagi kanak-kanak berusia 12 -24 bulan pula, kanak-kanak mula untuk meneroka dan mempelajari perkara baru  di persekitaran mereka. Pada usia ini juga kanak-kanak sudah mula berjalan dan aktif bergerak untuk meneroka. Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang biasanya kanak-kanak akan perolehi pada usia ini:

12 – 15 BULAN



 PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Menoleh apabila nama dipanggil
· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)
· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)

· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa
· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
·    Kurang memasukkan objek ke dalam mulut
·    Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)
·    Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
·    Mencari objek yang hilang dari pandangan
·    Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali
·    Bermain


Selasa, 29 April 2014

Anak Anda Lambat Bercakap? - Bahagian 2



Kita sambung semula perbincangan kita tentang Anak Anda Lambat Bercakap? Anda boleh merujuk semula Bahagian 1 (Anak Anda Lambat Bercakap? - Bahagian 1)


Tanda-tanda awal masalah BAHASA & PERTUTURAN

Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa & pertuturan anak-anak. Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa.

Diantara umur 12 – 24 Bulan, beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa jika kanak-kanak:

  • Masih belum menggunakan gesture seperti menunjuk atau melambai tangan untuk bye-bye pada usia 12 bulan
  • Menggunakan gesture lebih daripada bercakap pada usia 18 bulan
  • Mempunyai masalah untuk meniru bunyi pertuturan pada usia 18 bulan
  • Sukar untuk memahami arahan yang mudah


Ketika kanak-kanak mencecah usia 2 tahun, ibu bapa di nasihatkan untuk membawa anak-anak berjumpa dengan pakar yang terlibat untuk penilaian jika anak-anak:

  • Hanya dapat meniru sebutan perkataan dan aksi tetapi masih belum menghasilkan perkataan atau ayat secara spontan
  • Hanya menyebut bunyi atau perkataan secara berulang-ulang dan tidak boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi untuk menyampai dan memenuhi kehendak
  • Tidak dapat melakukan arahan mudah yang diberikan
  • Mempunyai tone suara yang berbeza (cth: sengau dsbg)
  • Pertuturan yang sukar difahami. Ibu bapa atau penjaga biasanya boleh memahami 50% pertuturan kanak-kanak pada usia 2 tahun, dan lebih kurang 70% pada usia 3 tahun. Ketika mencecah usia 4 tahun, kebanyakan pertuturan kanak-kanak boleh difahami oleh ibu bapa dan orang lain.

Isnin, 28 April 2014

Anak Anda Lambat Bercakap? - Bahagian 1





“Anak saya sudah tiga tahun, tapi masih belum pandai bercakap. Baru boleh menyebut 1, 2 perkataan sahaja. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya, anak saya jauh berbeza. Kakak dia dahulu pun sudah pandai bercakap dengan ayat yang panjang pada umur sebegini”
 - Encik Z.

Pernahkah anda mengalami, melihat atau mendengar situasi sebegini. Mungkin ada antara kita yang akan mengatakan, “Tak apa, nanti bercakap la tu, anak En.A pun macam tu juga dulu”, dan ada juga yang mengatakan “Berat mulut saja ni. Jangan risau, nanti ok la”. 


Situasi ini biasa terjadi terutamanya apabila kanak-kanak tersebut menunjukkan perkembangan yang normal bagi kemahiran-kemahiran lain seperti merangkak, berjalan, bermain dan sebagainya. Apa sahaja komen yang diberikan, realitinya adalah anak anda lambat bercakap. Untuk memahami situasi ini dengan lebih baik, anda haruslah mengetahui apakah itu “normal” dan “tidak normal” dalam perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak.



Perbezaan antara BAHASA & PERTUTURAN

Sebelum kita mula mengetahui apakah permasalahan yang mungkin timbul terhadap bahasa dan pertuturan kanak-kanak, kita selaku ibu bapa perlu tahu perbezaan di antara bahasa dan pertururan. Adakalanya kita keliru mengenai bahasa & pertuturan. Berikut adalah perbezaan antara kedua-duanya:

·         Pertuturan adalah ekspresi verbal bahasa termasuklah artikulasi (cara bagaimana bunyi  di bentuk dan disebut dalam perkataan)

·         Bahasa pula merangkumi fungsi yang lebih besar. Ia merujuk kepada keseluruhan system komunikasi iaitu menyampaikan dan menerima maklumat yang difahami. Ia boleh terdiri daripada bahasa verbal, bukan verbal dan tulisan.

Walaupun kedua-duanya merujuk kepada sesuatu yang berbeza, tetapi ianya selalu bertindih. Mungkin ada kanak-kanak yang boleh menyebut perkataan dengan jelas tetapi tidak boleh untuk menyambungakn perkataan menjadi ayat panjang manakala ada juga kanak-kanak yang boleh bercakap menggunakan ayat yang panjang tetapi sebutan bunyi setiap perkataan tidak jelas dan sukar difahami.


Khamis, 24 April 2014

Ibu Bapa Yang Manakah Anda?



Sebagai ibu bapa, terlalu banyak peranan yang dimainkan. Adakala menjadi kawan, ada kalanya menjadi polis, menjadi guru, menjadi mekanik yang membaiki kerosakan, chef dan banyak lagi.  Sehinggakan kadang-kadang ibu bapa lupa bahawa peranan yang dimainkan akan memberi kesan kepada peluang anak-anak untuk belajar dengan lebih baik. Setiap apa yang dilakukan akan memberikan perbezaan dalam perkembangan dan pembelajaran anak-anak.

Apakah peranan-peranan yang memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak?


Peranan #1 : Pembantu (The Helper)

Setiap ibu bapa mestilah ingin menjadi yang terbaik. Mereka merasakan bahawa mereka perlu sentiasa  ada di mana-mana sahaja ketika anak-anak memerlukan mereka.  Mereka menjadikan situasi lebih senang, mudah, cepat dan jelas ketika anak-anak sukar untuk memberitahu sesuatu atau melakukan sesuatu perkara.  Contohnya, menyuap  anak-anak makan walaupun sudah berumur 2 tahun atau 3 tahun kerana ianya lebih cepat dan kurang bersepah. Ada juga yang menolong anak untuk menjawab soalan yang ditanya oleh orang lain kerana ianya lebih cepat dan jelas.

Memang ianya mudah, cepat dan ringkas, tetapi juga akan menekan  atau menghalang peluang kanak-kanak untuk meluahkan rasa ingin tahu, perasaan dan juga kehendak mereka.

Selasa, 22 April 2014

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 1 - 12 Bulan



Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti jadual di bawah.


1 – 2 BULAN

 

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis
· Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk

·   Menangis apabila lapar dan tidak selesa
·   Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
·    Tidur pada kebanyakan masa
·    Senyum dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seprti aaa) pada umur 5-6 minggu
·    Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya


Nota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.


3 – 5 BULAN

 
PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
·  Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba
·  Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
·  Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
·  Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.
·  Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.
·   Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)




                    
·    Memandang muka ibu  semasa makan/menyusu
·    Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya.