Selasa, 29 April 2014

Anak Anda Lambat Bercakap? - Bahagian 2



Kita sambung semula perbincangan kita tentang Anak Anda Lambat Bercakap? Anda boleh merujuk semula Bahagian 1 (Anak Anda Lambat Bercakap? - Bahagian 1)


Tanda-tanda awal masalah BAHASA & PERTUTURAN

Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa & pertuturan anak-anak. Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa.

Diantara umur 12 – 24 Bulan, beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa jika kanak-kanak:

  • Masih belum menggunakan gesture seperti menunjuk atau melambai tangan untuk bye-bye pada usia 12 bulan
  • Menggunakan gesture lebih daripada bercakap pada usia 18 bulan
  • Mempunyai masalah untuk meniru bunyi pertuturan pada usia 18 bulan
  • Sukar untuk memahami arahan yang mudah


Ketika kanak-kanak mencecah usia 2 tahun, ibu bapa di nasihatkan untuk membawa anak-anak berjumpa dengan pakar yang terlibat untuk penilaian jika anak-anak:

  • Hanya dapat meniru sebutan perkataan dan aksi tetapi masih belum menghasilkan perkataan atau ayat secara spontan
  • Hanya menyebut bunyi atau perkataan secara berulang-ulang dan tidak boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi untuk menyampai dan memenuhi kehendak
  • Tidak dapat melakukan arahan mudah yang diberikan
  • Mempunyai tone suara yang berbeza (cth: sengau dsbg)
  • Pertuturan yang sukar difahami. Ibu bapa atau penjaga biasanya boleh memahami 50% pertuturan kanak-kanak pada usia 2 tahun, dan lebih kurang 70% pada usia 3 tahun. Ketika mencecah usia 4 tahun, kebanyakan pertuturan kanak-kanak boleh difahami oleh ibu bapa dan orang lain.

Isnin, 28 April 2014

Anak Anda Lambat Bercakap? - Bahagian 1





“Anak saya sudah tiga tahun, tapi masih belum pandai bercakap. Baru boleh menyebut 1, 2 perkataan sahaja. Jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya, anak saya jauh berbeza. Kakak dia dahulu pun sudah pandai bercakap dengan ayat yang panjang pada umur sebegini”
 - Encik Z.

Pernahkah anda mengalami, melihat atau mendengar situasi sebegini. Mungkin ada antara kita yang akan mengatakan, “Tak apa, nanti bercakap la tu, anak En.A pun macam tu juga dulu”, dan ada juga yang mengatakan “Berat mulut saja ni. Jangan risau, nanti ok la”. 


Situasi ini biasa terjadi terutamanya apabila kanak-kanak tersebut menunjukkan perkembangan yang normal bagi kemahiran-kemahiran lain seperti merangkak, berjalan, bermain dan sebagainya. Apa sahaja komen yang diberikan, realitinya adalah anak anda lambat bercakap. Untuk memahami situasi ini dengan lebih baik, anda haruslah mengetahui apakah itu “normal” dan “tidak normal” dalam perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak.



Perbezaan antara BAHASA & PERTUTURAN

Sebelum kita mula mengetahui apakah permasalahan yang mungkin timbul terhadap bahasa dan pertuturan kanak-kanak, kita selaku ibu bapa perlu tahu perbezaan di antara bahasa dan pertururan. Adakalanya kita keliru mengenai bahasa & pertuturan. Berikut adalah perbezaan antara kedua-duanya:

·         Pertuturan adalah ekspresi verbal bahasa termasuklah artikulasi (cara bagaimana bunyi  di bentuk dan disebut dalam perkataan)

·         Bahasa pula merangkumi fungsi yang lebih besar. Ia merujuk kepada keseluruhan system komunikasi iaitu menyampaikan dan menerima maklumat yang difahami. Ia boleh terdiri daripada bahasa verbal, bukan verbal dan tulisan.

Walaupun kedua-duanya merujuk kepada sesuatu yang berbeza, tetapi ianya selalu bertindih. Mungkin ada kanak-kanak yang boleh menyebut perkataan dengan jelas tetapi tidak boleh untuk menyambungakn perkataan menjadi ayat panjang manakala ada juga kanak-kanak yang boleh bercakap menggunakan ayat yang panjang tetapi sebutan bunyi setiap perkataan tidak jelas dan sukar difahami.


Khamis, 24 April 2014

Ibu Bapa Yang Manakah Anda?



Sebagai ibu bapa, terlalu banyak peranan yang dimainkan. Adakala menjadi kawan, ada kalanya menjadi polis, menjadi guru, menjadi mekanik yang membaiki kerosakan, chef dan banyak lagi.  Sehinggakan kadang-kadang ibu bapa lupa bahawa peranan yang dimainkan akan memberi kesan kepada peluang anak-anak untuk belajar dengan lebih baik. Setiap apa yang dilakukan akan memberikan perbezaan dalam perkembangan dan pembelajaran anak-anak.

Apakah peranan-peranan yang memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak?


Peranan #1 : Pembantu (The Helper)

Setiap ibu bapa mestilah ingin menjadi yang terbaik. Mereka merasakan bahawa mereka perlu sentiasa  ada di mana-mana sahaja ketika anak-anak memerlukan mereka.  Mereka menjadikan situasi lebih senang, mudah, cepat dan jelas ketika anak-anak sukar untuk memberitahu sesuatu atau melakukan sesuatu perkara.  Contohnya, menyuap  anak-anak makan walaupun sudah berumur 2 tahun atau 3 tahun kerana ianya lebih cepat dan kurang bersepah. Ada juga yang menolong anak untuk menjawab soalan yang ditanya oleh orang lain kerana ianya lebih cepat dan jelas.

Memang ianya mudah, cepat dan ringkas, tetapi juga akan menekan  atau menghalang peluang kanak-kanak untuk meluahkan rasa ingin tahu, perasaan dan juga kehendak mereka.

Selasa, 22 April 2014

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 1 - 12 Bulan



Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti jadual di bawah.


1 – 2 BULAN

 

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis
· Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk

·   Menangis apabila lapar dan tidak selesa
·   Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
·    Tidur pada kebanyakan masa
·    Senyum dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seprti aaa) pada umur 5-6 minggu
·    Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya


Nota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.


3 – 5 BULAN

 
PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
·  Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba
·  Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
·  Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
·  Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.
·  Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.
·   Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)




                    
·    Memandang muka ibu  semasa makan/menyusu
·    Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya.


                                         


Sabtu, 19 April 2014

Pelat: Jenis, Faktor, Impak dan Penilaian Rawatan

ANAK ANDA PELAT?


Pernahkah anda dengar seseorang menyebut bunyi pertuturan lain daripada yang sepatutnya?  Contohnya seperti:

 /marah à maghah/
 /kakak à tatak/
 /cawan à wan/
 /kerusi à ci/ dan sebagainya

Masalah yang disebutkan di atas dikenali sebagai masalah artikulasi atau biasanya dipanggil pelat oleh orang ramai. Ianya adalah suatu keadaan di mana seseorang kanak-kanak itu sukar untuk menyebut sesuatu bunyi perkataan dengan betul selepas umur tertentu. Terdapat banyak jenis kesalahan artikulasi dan terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan masalah terseut. Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang masalah artikulasi ini, mari kita rujuk jadual di bawah untuk melihat jangka masa perkembangan setiap bunyi pertuturan bagi kanak-kanak.


Jika dilihat pada jadual, setiap bunyi pertuturan mempunyai tempoh penguasaan yang berbeza. Sebagai contoh bunyi /p/, julat umur untuk menguasai bunyi tersebut adalah dari 1 – 3 tahun. Jika kanak-kanak masih belum dapat menyebut bunyi /p/ selepas berumur 3 tahun, maka mereka akan di kategorikan sebagai mempunyai masalah artikulasi. Begitu juga dengan bunyi-bunyi pertuturan yang lain.


Khamis, 17 April 2014

Pre-Verbal Games

PERMAINAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRA-PERTUTURAN

Dari artikel saya sebelum ini mengenai kemahiran pra-pertuturan ( RUJUK SINI ), mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jika jbu bapa ingin mengajar atau meningkatkan kemahiran tersebut pada anak-anak mereka. Oleh itu di sini saya memberikan beberapa idea permianan dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah.

PERHATIAN

Untuk setiap aktiviti dan permainan di bawah, sertakan sekali dengan bunyi-bunyi yang berkaitan. Jangan lupa untuk bercakap dan bercerita tentang apa yang anda lakukan. Ia adalah penting untuk anak anda mengenali nama setiap permainan dan belajar menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan.


Perlu diingatkan juga, ini adalah idea-idea yang boleh digunakan dirumah bersama anak anda. Untuk masalah-masalah pertuturan yang lebih spesisfik, sila rujuk kepada pakar yang berkenaan untuk penerangan yang lebih lanjut.



1) KONTEK MATA (Eye Contact)

Ketika melakukan aktiviti kontek mata anda boleh cuba untuk meletak mainan berdekatan muka anda untuk menggalakkan anak anda melihat muka anda. Anda boleh mendorong anak anda tapi jangan paksa mereka untuk melakukan kontek mata.

Permainan cak-cak (Peek a boo)


Oleh dimainkan dengan tangan menutup muka, bersembunyi di belakang kerusi, langsir, di bawah meja atau ketika memakaikan baju.

Bermain bola


·        Balingkan bola dari tangan kanak ke kiri dan biarkan anak anda melihat pergerakan bola tersebut.
·        Sorokkan bola di belakang anda dan tunggu sehingga ada kontek mata dari anak anda. Jika anda bermain baling dan tangkap, tunggu sehingga ada kontek mata dari anak anda sebelum membalingkan bola kepadanya.


Rabu, 16 April 2014

Pre-Verbal Communication

SEBELUM PERKATAAN PERTAMA 
Kemahiran yang perlu ada pada kanak-kanak 
(0-12 months)

Secara purata, kanak-kanak mula bercakap atau menyebut perkataan pertama ketika mereka berumur lebih kurang 1 tahun. Tetapi, adakah anda tahu bahawa sebelum mereka mula bercakap, terdapat beberapa kemahiran yang perlu mereka kuasai. Ianya dipanggil kemahiran pra-pertuturan (Pre-verbal skills). Antara kemahiran-kemahiran pra-pertuturan yang boleh kita lihat adalah seperti berikut :


1) TUMPUAN (Attention)


Kanak-kanak mesti mempunyai daya tumpuan atau fokus yang baik terhadap objek atau orang lain untuk mereka belajar sesuatu. Daya tumpuan juga penting untuk mereka belajar dari setiap pengalaman yang mereka lalui. Daya tumpuan termasuklah:
  • ·         Berpaling ke arah objek atau orang
  • ·         Memandang pada objek
  • ·         Mengekalkan pandangan pada objek untuk satu jangkamasa
  • ·         Mengekalkan minat pada sesuatu objek atau aktiviti untuk satu jangkamasa. Tumpuan akan meningkat seiring dengan umur kanak-kanak


2) KONTEK MATA (Eye Contact)


Kontek mata adalah kemahiran asas yang dilakukan oleh bayi seawal selepas kelahiran. Kontek mata membolehkan kanak-kanak untuk fokus kepada muka setiap orang dan objek disekelilingnya. Kanak-kanak memerlukan kemahiran ini untuk melihat pergerakan mulut orang yang bercakap dengannya dan cuba untuk meniru pergerakan tersebut. Kontek mata juga membolehkan mereka untuk belajar ekspresi-ekspresi bukan verbal seperti ekspresi muka untuk perasaan gembira, marah, sedih dan sebagainya.

Eye Contact

Kontek mata (eye contact) adalah kemahiran penting untuk kanak-kanak belajar bercakap. Kemahiran ini bermula seawal kelahiran bayi. Mereka akan melihat ibu mereka dan senyum ababila berinteraksi dengannya. Dari kemahiran kontek mata ini, mereka akan melihat dan meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa seperti bercakap, bermain dan sebagainya.


Speech Sound Development

Perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak 24-72 bulan (2-6 tahun).


Language Checklist

Check your child's language today. Use this checklist as a guide. Don't wait till it's too late! 


ADHD

Common sign of Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)


Child's Vocabulary Development

Bilangan vocabulary kanak-kanak berkembang pesat seawal umur 1 tahun. Kanak-kanak belajar sekurang-kurangnya 3/lebih perkataan sehari. Mereka belajar dari apa yang di dengar, di lihat dan dirasa dari perkara-perkara sekeliling mereka. Dedahkan mereka dengan perkataan2 baru setiap hari. Ini membantu mereka belajar dengan lebih cepat.

Baby's Development Stage

Perkembangan kanak-kanak secara ringkasnya boleh dikelaskan mengikut umurnya. Rujuk di bawah:


Dapatkan Penilaian dan Rawatan Awal

Dapatkan penilaian dan rawatan awal untuk perkembangan bahasa kanak-kanak. Mereka juga perlu berkembang seperti kanak-kanak lain.

Jangan malu untuk mendapatkan nasihat dari kami. Jangan tunggu sehingga terlambat.


Spending Some Time With Your Kids!

Example of activity to do with your child. It can teach them to:
  • Fine motor skill (writing and drawing)
  • Verbs (what they want to do with their friends)
  • Imagination 
  • Parent-child bonding if you do it together

Spend some time with your kids. You'd be surprise that sometimes kids only need their parents to spend time with them!


Fluency Enhancing Behavior

Ever watched that movie, The King's Speech? If your child is a stutterer (gagap), you can try this method to help them to produce the speech easily. Also can use with adult too.

Know someone who is a stutterer? Ask them to practice these few easy steps:


Language Development Pyramid

In order for children to develop their speech and language, they have to acquire few skills such as pre-verbal skills, listening skills, play skills, understanding, then they can talk. Don't aspect the child to talk if they don't have the skills at the bottom.

What's important is to develop the child starting from the bottom, and make your way up.



Language Simulation Ideas

Toddlers vary widely in their language skills. Some speak in complete sentences while others are still using single words. Much of the variation is simply due to temperament and individual development, but a child’s environment and adult stimulation can help these skills along. 

Here a some ideas to use with normal-developing toddlers and with older children who have delayed language skills:


Developmental Delay

Tanda-tanda awal kanak-kanak mengalami kelewatan perkembangan / developmental delay. Kelambatan tersebut mungkin melibatkan fizikal dan juga komunikasi mereka. Anda boleh menggunakan rajah dibawah untuk mengenalpasti kelewatan perkembangan.