Selasa, 22 April 2014

Perkembangan Pendengaran, Pertuturan dan Sosial Kanak-Kanak: 1 - 12 Bulan



Kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza tetapi urutan perkembangan mereka adalah sama contohnya kanak-kanak mesti merangkak dahulu sebelum berjalan. Ada sesetengah berkembang dengan cepat dan ada pula yang sedikit terlewat. Usia 1 -12 bulan merupakan usia untuk mereka meneyesuaikan diri dengan dunia yang baru. Mereka belajar untuk mengenali orang, objek, bunyi dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Perkembangan kemahiran mendengar, bertutur, bersosial dan bermain bagi kanak-kanak untuk 1 – 12 bulan secara ringkasnya adalah seperti jadual di bawah.


1 – 2 BULAN

 

PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Terkejut dengan bunyi kuat yang tiba-tiba dan mungkin menangis
· Berhenti merengek (whimpering) dan berpusing jika ada suara untuk memujuk

·   Menangis apabila lapar dan tidak selesa
·   Pada umur 5-6 minggu, mereka melalukan cooing pada percakapan ibu
·    Tidur pada kebanyakan masa
·    Senyum dan melakukan vokalisasi (mengeluarkn bunyi vocal seprti aaa) pada umur 5-6 minggu
·    Berhenti menangis bila di angkat dan bercakap dengannya


Nota : Kanak-kanak dengan masalah pendengaran yang teruk tidak akan terkejut dengan bunyi yang kuat dan tiba-tiba.


3 – 5 BULAN

 
PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
·  Masih terkejut dan menangis dengan bunyi kuat dan tiba-tiba
·  Senyap dan senyum apabila terdengar suara ibu bercakap dengannya
·  Senyap apabila terdengar bunyi seperti rattle, loceng dan sebagainya
·  Berpaling pada sumber bunyi dan mungkin berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari sumber bunyi.
·  Teruja dengan bunyi yang mendekatinya seperti bunyi tapak kaki, bunyj air mengalir dan sebagainya.
·   Melakukan banyak vokalisasi (aa, oo, ee dan sebagainya)




                    
·    Memandang muka ibu  semasa makan/menyusu
·    Mula memberi respon seperti senyum, coos, dan teruja pada bunyi yang biasa seperti untuk makan, mandi dsbgnya.


                                         



 6 – 8 BULAN


PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
·       Berpaling kepada suara ibu di bilik yg berasingan

·   Melakukan vokalisasi dengan beritma (sing song) untuk 1 atau 2 sukukata seperti (a-a, muh, goo, adah, dsbg)
·   Ketawa dan menjerit dengan gembira ketika bermain

·    Boleh mengambil dan memegang mainan yang kecil
·    Kebanyakannya menggunakan 2 tangan untuk mengambil mainan
·    Mencapai mainan yang diberi seperti rattle dan menggoncangnya
·    Masih mesra dengan orang yang tidak dikenali
·    Mula takut dengan orang yang tidak dikenali ketika berusia 7 bulan


9 – 11 BULAN
  


PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Memberi tumpuan pada bunyi-bunyi harian yang biasa di dengar
· Melakukan babbling dengan beritma dan suara yang kuat (cth: mam-mam, dad-dad, agaga, ababa) secara berulang ulang
· Faham ucapan ‘jangan / no’ dan ‘bye-bye’.
· Meniru bunyi vocal orang dewasa

·    Memegang, menggigit dan mengunyah biskut
·    Cuba memegang sudu ketika makan
·    Dapat membezakan ahli keluargs dan orang yang tidak dikenali
·    Memasukkan objek ke dalam mulut
·    Bermain ‘peek a boo’ dan meniru aksi tepuk tangan
·    Mencari mainan yang disorok di bawah kerusi atau kain ketika kanak-kanak melihat


12 BULAN


PENDENGARAN
PERTUTURAN
SOSIAL & BERMAIN
· Menoleh apabila nama dipanggil
· Memahami beberapa perkataan dalam konteks harian (cth: nama ahli keluarga, susu, kereta, bola, baju dsbg)
· Memahami arahan mudah beserta dengan gesture (cth: bagi mama, mana kasut?, cakap bye-bye, tepuk tangan, dsbg)

· Menyebut bunyi-bunyi seperti bersembang tetapi tidak difahami (jargon)
· Vokalisasi mengandungi kesemua vocal dan kebanyakan konsonan
· Meniru bunyi-bunyi vokalisasi dan kadang-kadang meniru perkataan yang disebut yang dilakukan oleh orang dewasa
· Memahami kegunaan objek (cawan untuk minum, sikat utk sikat rambut)
· Mula menyebut perkataan yang biasa secara spontan (cth: mama, baba)
·    Kurang memasukkan objek ke dalam mulut
·    Meniru orang dewasa melakukan aktiviti (cth: memasukkan barang ke dalam kotak dan mengeluarkannya)
·    Menyukai permainan yang berbunyi dan bermain secara berulang-ulang
·    Mencari objek yang hilang dari pandangan
·    Ingin sentiasa bersama-sama orang yang dikenali


Ini adalah sekadar garis panduan untuk untuk mamantau perkembangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mungkin tingkah laku mereka juga adalah berbeza. Jika anda melihat sesuatu tingkah laku yang sangat berlainan, rujuklah pada pakar untuk mengenalpasti masalah yang mungkin.


SLT Aishah

Tiada ulasan: