Rabu, 27 Ogos 2014

Bermain & Belajar (12 - 24 bulan)


Semakin meningkat usia kanak-kanak, semakin kompleks perkembangan bermain mereka. Mereka akan berimaginasi dan mencuba setiap barangan dan peralatan dan dijadikan mainan. Mereka juga semakin kreatif dan tidak takut untuk mencuba perkara baru. Ada kalanya periuk belanga ibu pun dibuat mainan. Persekitaran yang membenarkan mereka bergerak, bermain dan berimaginasi akan membolehkan mereka perkembang dengan lebih pesat.


Berikut adalah beberapa fungsi dan contoh permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan

UMUR
KEMAHIRAN BERMAIN
CONTOH MAINAN


















12 – 24 bulan
·      Kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk menggunakan objek dan mengaitkan satu objek dengan objek lain
·     Pop beads, lego, puzzle mudah, shape sorter, nesting cups/rings, sudu dan cawan, blocks and bakul
o  Berikan mainan pada anak dan lihat cara mereka cuba menggunakan mainan tersebut
o  Tunjuk cara yang betul untuk bermain dengan mainan tersebut dan tambah aksi lain yang boleh dilakukan dengan mainan tersebut. Cth, menyusun blok mengikut warna yang sama, memasukkan sudu ke dalam cawan dan mengacau.

·      Pada usia ini, kanak-kanak sudah suka untuk bermain bersama kanak-kanak yang lain. Mereka sudah mula bersosial dan berkawan
·     Alat muzik mainan, aktiviti mewarna, kereta / keretapi (diberi pada setiap orang).
o  Berikan alatan kepada setiap kanak-kanak seperti, berus  / pensil warna an biarkan mereka melakukan aktiviti bersama-sama. Ini menggalakkan kemahiran social dan berkongsi pada kanak-kanak tanpa tekanan.
o  Bantu anak untuk menggunakan bahasa yang sesuai ketika bermain, seperti, ‘giliran saya, saya pula, terima kasih’ dsbgnya.

·      Kanak-kanak mula membentuk berkomunikasi menggunakan perkataan dan gesture dan ekspresi muka. Kanak-kanak bermula dengan menggunakan satu perkataan dan bilangan perkataan akan terus berkembang. Mereka sudah boleh memahami hampir setiap apa yang dikatakan kepadanya.
·     Telefon mainan, anak patung, patung haiwan, puppets, cermin
o  Gunakan telefon untuk bercakap dengan ada / orang lain.
o  Bercakap dan bercerita bersama dengan menggunakan anak patung
o  Minta anak melakukan arahan 1-langkah (ambil bola, ambil kasut). Apabila usia meningkat kepada 2 tahun, gunakan pula arahan 2-langkah (ambil bola beri pada abang) dan sebagainya.

·      Kanak-kanak sudah mula bergerak aktif pada usia ini. Mereka belajar untuk berjalan, memanjat, berlari dan melompat. Mereka memerlukan waktu bermain yang aktif untuk kemahiran keseimbangan badan dan koordinasi. Kanak-kanak juga masih belum memahami peraturan dan akan meneroka mengikut cara mereka sendiri
·     Bola dengan pelbagai saiz
·     Mainan yang boleh ditarik dan ditolak
·     Terowong mainan (boleh dibuat sendiri di rumah)
·     Perabot untuk kanak-kanak cth: meja dan kerusi

o  Sediakan persekitaran yang membolehkan anak melakukan semua pergerakan seperti merangkak (bawah meja), memanjat (kerusi), melompat (cushion).
o  Golekkan bola dan biarkan anak anda mengejar dan mengambil bola tersebut atau melontar bola kepada satu sama lain. Permainan seperti ini boleh menggalakkan kemahiran social dan mengambil giliran.


Biarkan dan galakkan kanak-kanak bermain kerana dengan bermainlah mereka belajar banyak perkara baru. Mereka masih belum pandai membaca untuk mencari ilmu, mereka masih belum faham arahan yang panjang untuk diikut, mereka juga tidak faham tentang peraturan yang perlu diikuti, jadi bermainlah salah satu cara untuk mereka memahami dan mempelajari dunia ini tanpa sebarang tekanan.

*Sertai kelas “Memilih Permainan dan aktiviti untuk perkembangan anak” untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai bermain dan belajar.




SLT Aishah

Tiada ulasan: