Isnin, 8 September 2014

Bermain & Belajar (24 - 36 bulan)



Pada usia 24 – 36 bulan, kanak-kanak sudah pandai berimaginasi dan berfikir untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran motor mereka juga makin bertambah baik. 


Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk membantu mereka belajar dan mengembangkan daya pemikiran mereka. Berikut adalah beberapa idea aktiviti untuk kanak-kanak 24 – 36 bulan.

UMUR
KEMAHIRAN BERMAIN
CONTOH MAINAN
24 - 36 bulan
·      Kanak-kanak di usia ini mula menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk bermain “pondok-pondok”.
·     Haiwan mainan, anak patung dan aksesori (selimut, bantal, susu)
o  Susun haiwan mainan di dalam kandang, beri mereka makan dan minum.
o  Berlakon memberi susu kepada patung, memandikannya dan menidurkannya. Bantu anak anda dengan memberikan idea-idea ketika bermain

·     Blocks
o  Jadikan blocks sebagai kek hari jadi dan berikan kepada anak anda. Berpura-pura memakan blocks. Jika kanak-kanak memahami, teruskan dengan aktiviti parti hari jadi

·     Kereta / keretapi (dengan patung yang boleh diletak diatas kereta)
o  Bermain dengan kereta mainan dengan pelbagai cara. Kereta bergerak diatas jalan dan pergi ke suatu tempat. Kereta berhenti dan mengambil penumpang dan pergi ke suatu tempat dan sebagainya.

Nota:
o  Biarkan kanak-kanak memilih mainan yang diingini dan minati
o  Berikan idea-idea bagaimana mainan tersebut harus dimainkan untuk meningkatkan lagi daya imaginnasi mereka.


·      Kanak-kanak sudah mula mempelajari cara untuk menyelesaikan masalah seperti menyimpan mainan yang sama, menyelesaikan puzzle dan mengambil objek yang sukar dicapai dengan tangan.
·     Puzzle, shape sorter, beads maze

·     Memory game

·     Mainan yang bergerak bila diaktifkan (seperti kereta yang perlu ditarik kebelakang dahulu untuk digerakkan ke depan)
o  Biarkan anak anda melakukan aktiviti dan bantu anak anda untuk menyiapkan puzzle / shape sorter dan sebagainya sekiranya diperlukan.
o  Main permainan memori dengan mencari 2 gambar yang sama yang ditelangkupkan
o  Susun mainan mengikut jenis yang sama di dalam kotak seperti kenderaan di satu kotak dan puzzle di kotak yang lain.
 

·      Di usia ini, kanak-kanak sudah bercakap menggunakan ayat 2 perkataan dan bertambah apabila usia mereka mencecah 3 tahun. Mereka juga sudah boleh mengikut arahan 2-langkah seperti “ambil kasut dan pakai” dan sudah boleh memahami cerita yang dikaitkan dengan gambar.
·     Buku cerita mudah, lagu kanak-kanak, anak patung, cermin.

 o  Ketika mandi, berbual dengan anak anda dan tunjukkan padanya bahagian anggota badan padanya dan juga pada anak patung. Lihat di cermin dan namakan anggota badan seperti mata, hidung, mulut, telinga dan sbgnya.
o  Baca buku bersama-sama. Tanya soalan pada anak anda seperti “Nampak katak tak?”, “orang tu tengah buat apa?” dan sebagainya. Anda juga boleh lakukan aksi-aksi didalam buku seperti “lompat katak” dan sebagainya.


·      Kanak-kanak sudah boleh menggunakan jari dan tangan untuk mengambil makanan / objek. Mereka juga sudah mula pandai memegang pensil atau warna dengan menggunakan jari penunjuk dan ibu jari. Mereka gemar menyonteng dan melukis.
·     Crayon, puzzle, lego, bristle blocks, play dough
 o   Berikan kertas yang besar dan crayon. Bantu anak anda untuk memegang crayon dan melukis. Lukis pelbagai bentuk mudah dan biarkan anak anda meniru lukisan tersebut.
o   Main play dough bersama-sama. Bentukkan pelbagai objek dengan menggunakan jari. Uli dough dan masukkan ke dalam bekas dan sebagainya.


Dalam apa jua aktiviti yang dilakukan, interaksi adalah perkara yang paling penting. Perhatikan setiap apa yang kanak-kanak lakukan dan anda akan merasa kagum dengan kemahiran berfikir mereka walaupun baru berusia 2 tahun. Bermain mungkin hanya perkara yang seronok di mata kita tetapi bagi kanak-kanak, bermain adalah satu sesi pembelajaran yang SERIUS bagi mereka.

SLT Aishah

Tiada ulasan: