Rabu, 15 Oktober 2014

Autisma: Sekilas Fakta


Autisma merupakan “neurodevelopmental disorder” yang mana dicirikan dengan gangguan interaksi sosial, komunikasi sama ada verbal atau bukan verbal, dan perbuatan yang terbatas dan berulangan. Ciri-ciri autisma boleh dikesan dan diperhatikan pada kanak-kanak tersebut sebelum berumur 3 tahun. Autisma berlaku apabila sel saraf dan sinaps di otak kanak-kanak tidak berhubung secara normal. Namun begitu, penyebab dan mekanisma bagaimana autisma memberikan kesan masih belum dapat dikenalpasti.

Mengikut kajian statistik yang dijalankan, autisma berlaku kepada 1-2 orang untuk setiap 1000 orang di dunia dan ia berlaku 5 kali ganda kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Di Amerika Syarikat sahaja, CDC melaporkan bahawa 1.5% kanak-kanak, atau 1 dalam setiap 68 kanak-kanak; dipercayai mempunyai autisma.