Jumaat, 27 Februari 2015

Kemahiran Pragmatik: 0 - 6 Tahun



KEMAHIRAN PRAGMATIK : 0 – 5 TAHUN

Pragmatik adalah kajian mengenai interaksi di antara penutur-pendengar dan semua elemen-elemen yang terdapat pada mesej yang ingin disampaikan. Ia juga dikenali sebagai kemahiran bahasa sosial


Kanak-kanak akan mempelajari dan memperolehi kemahiran pragmatik secara berperingkat seiring dengan peningkatan umur. Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak menggunakan kemahiran bahasa yang mereka pelajari untuk berinteraksi dan meyampaikan mesej kepada orang sekeliling.

Kanak-kanak dengan masalah kelewatan bahasa biasanya akan mengalami kesukaran untuk mempelajari kemahiran pragmatik dengan baik. Berikut adalah kemahiran-kemahiran pragmatik yang ditunjukkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat umur

  
0 – 6 BULAN
  • Terkejut dengan bunyi yang kuat
  • Memberi tindakbalas pada bunyi dan suara
  • Berpaling pada sumber bunyi
  • Melihat muka orang yang bercakap dengannya
  • Membezakan antara orang yang dikenali dan tidak dikenali
  • Berhenti menangis apabila bercakap dengannya
  • Memberikan respon yang berbeza kepada ahli keluarga yang berbeza
  • Senyum apabila bercakap kepadanya
  • Menunjukkan senyuman sosial
  • Membebel untuk mendapatkan perhatian dan menyatakan kehendak
  • Membuat hubungan mata


6 – 12 Bulan
  • Memberi respon pada “Jangan”
  • Memberi respon pada nama dan menyentuh imej sendiri pada cermin
  • Menunjuk pada benda baru yang dipelajari
  • Cuba untuk “bercakap”
  • Mendekut (cooing) dan menjerit untuk mendapatkan perhatian
  • Ketawa apabila bermain dengan objek
  • Cuba berkomunikasi menggunakan aksi dan gesture
  • Senyum apabila melihat ke dalam cermin
  • Bermain “cak-cak” (peek a boo)
  • Meniru aksi mudah


1 – 2 Tahun
  • Mengikut arahan mudah, terutamanya dengan gesture
  • Melambai untuk “bye-bye”
  • Memberitahu apabila buang air
  • Melakukan aksi yang membuatkan orang ketawa secara berulang-ulang
  • Melakukan permainan “parallel” (bermain bersebelahan kanak-kanak lain tetapi tiada interaksi”
  • Menggabungkan gesture dengan perkataan
  • Meniru perlakuan orang dewasa ketika bermain
  • Menggunakan nama untuk merujuk pada diri sendiri
  • Mengambil giliran secara verbal
  • Menyatakan protes dengan mengatakan “tak”
  • Melakukan permainan pura-pura yang mudah (cth: bercakap di telefon)
  • Menyebut “bye-bye” dan perkataan sosial lain seperti terima kasih, hai, tolong
  • Bercakap sendiri ketika bermain
  • Berlatih menggunakan intonasi dengan meniru orang dewasa


2 – 3 Tahun
  • Melihat dan menyertai kanak-kanak lain bermain
  • Melakukan permainan “associative” (bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain)
  • Meminta kebenaran untuk mengambil barang atau melakukan aktiviti
  • Mula menggunakan bahasa untuk melawak, mengusik dan berfantasi
  • Membetulkan percakapan atau perbualan apabila tidak difahami oleh orang dewasa
  • Melakukan dialog yang lebih panjang
  • Mula bermain permainan “pondok-pondok”
  • Mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan
  • Mempertahankan milik sendiri
  • “Bersembang” dengan diri sendiri atau anak patung
  • Mencari mainan yang hilang
  • Menolong mengemas mainan
  • Mengangkat jari untuk memberitahu umur


3 – 4 Tahun
  • Mengikut arahan 2-langkah yang berkaitan dengan kiu (cth: ambil baju simpan dalam almari)
  • Mengambil giliran semasa bermain
  • Mengaitkan pengalaman sendiri melalui verbal
  • Boleh berjauhan dengan ibu bapa dengan mudah
  • Selalu berlatih kemahiran berbual dengan bercakap sendirian
  • Mula bermain permainan drama dengan memainkan watak
  • Memberitahu idea atau perassaan


4 – 5 Tahun
  • Mengikut arahan 3 langkah dengan kiu (cth: pergi keluar ambil kasut dan bagi pada ibu)
  • Memberi arahan disertakan sebab (cth: jangan pukul, abang sakit)
  • Mengajak kanak-kanak lain bermain secara verbal
  • Menggunakan bahasa untuk menyelesaikan pertikaian dengan rakan sebaya
  • Bermain permainan yang kompetetif
  • Menggunakan ayat imaginasi sesuatu keadaan (cth: macam mana kalau _______, abang harap _____)


5 – 6 Tahun
  • Menggunakan bahasa untuk mengugut dan berjanji
  • Bertanyakan tentang maksud perkataan
  • Suka menyelesaikan projek yang dilakukan
  • Membuat pembelian di kedai
  • Bertanya soalan untuk mendapatkan informasi
  • Memilih kawan yang diingini
  • Lebih berhati-hati apabila berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali
  • Bermainan permainan “cooperative” seperti membuat keputusan untuk kumpulan, memberi tugasan dan bermain secara adil
  • Memberitahu apabila ingin menukar topik perbualan


Kemahiran pragmatik adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak memahami dan menggunakan bahasa dengan betul. Ia juga penting untuk kanak-kanak belajar sesuatu yang baru dengan bertanya soalan dan sebagainya.


Sumber: LinguiSystem; Guide To Communication Milestone; 2012 Edition

SLP Aishah.

Tiada ulasan: