Selasa, 8 September 2015

Kesan Psikologi Terhadap Kanak-kanak Dengan Kelewatan Bahasa


Masalah kelewatan bahasa mungkin tidak nampak serius bagi bayi, tetapi apabila kanak-kanak meningkat usia, jika ianya berterusan akan memberikan impak yang sangat besar dan berterusan kepada kanak-kanak jika tidak dirawat dengan sepatutnya.


Berikut adalah kesan-kesan yang boleh dilihat atau terjadi jika masalah bahasa pada kanak-kanak dibiarkan tanpa rawatan.

Selasa, 1 September 2015

DIY Terapi Pertuturan Di Rumah - Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa


Keberkesanan sesuatu terapi pertuturan itu adalah bergantung kepada banyak faktor. Salah satunya adalah kekerapan dan konsistensi terapi pertuturan yang dijalankan.

MAKIN KERAP DAN MAKIN KONSISTEN TERAPI, LEBIH CEPAT HASIL BOLEH DILIHAT

Seminggu sekali adalah tidak mencukupi, apa lagi sebulan sekali. Terapi perlu dilakukan sekerap mungkin. Setiap hari adalah lebih baik.

Saya percaya ramai ibu bapa yang ingin melakukan terapi pertuturan sendiri di rumah. Siapa yang tidak gembira jika melihat anak menunjukkan perkembangan walaupun hanya sepatah perkataan. Tetapi ramai yang tidak tahu cara dan teknik yang betul untuk melakukan terapi pertuturan sendiri.

Dengan kesedaran tersebut, saya ingin mengajar ibu bapa berkenaan cara-cara dan teknik untuk melakukan terapi pertuturan dirumah.