Rabu, 25 November 2015

Bengkel: DIY Terapi Pertuturan Di Rumah - Siri 4 (Negeri Sembilan & Selangor)


Ingin mempelajari teknik-teknik yang betul untuk mengajar anak di rumah?
Bengkel DIY Terapi Pertuturan Di Rumah kini singgah di Negeri Sembilan dan Selangor. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:



Pengisian Bengkel:
  • Mengenali masalah bahasa pada kanak-kanak
  • Memilih objektif terapi (apa yang ingin dan perlu diajar)
  • Belajar untuk mengajar kanak-kanak dengan langkah-langkah mudah
  • Teknik-teknik yang betul untuk terapi pertuturan
  • Bagaimana membuat pelan untuk terapi 
  • Pemilihan aktiviti dan material yang sesuai untuk terapi 
  • Perbincangan dan idea-idea dari Patologis Pertuturan-Bahasa

Siapa yang boleh menyertai:
  1.  Ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah
    • Kelewatan bahasa
    • Autism
    • ADHD / ADD
    • Down syndrome
    • Cerebral palsy
    • Pelat
    • Dan lain-lain masalah bahasa dan pertuturan
  2. Guru-guru yang mengajar kanak-kanak instimewa di pusat-pusat atau sekolah.

Pendaftaran

Untuk pendaftaran bengkel, bayaran boleh dibuat seperti berikut:
  • Nama: Noraishah Kassim
  • No. Akaun: 1621 4308 3591 (Maybank)
  • Harga: RM120/pax
  • Promosi: Beli 2, percuma 1.
Selepas pembayaran dibuat, resit bayaran boleh dihantar melalui whatsapp/sms ke 012-2947272 atau email ke aishahkassim@gmail.com. Sertakan bersama nama, nombor telefon dan alamat email.

Terima kasih.

SLP Aishah

Khamis, 19 November 2015

5 Tips Untuk Melatih Kanak-kanak Belajar Bercakap


Sebagai ibu bapa, saat anak anda menuturkan perkataan pertama adalah waktu yang sangat dinantikan. Sudah tentu keletah anak bercakap dapat mendatangkan perasaan yang membahagiakan kepada anda semua. Kanak-kanak sepatutnya mula bercakap seawal umur satu tahun lagi dan akan mula menguasai hampir 50 kosa kata ketika mencecah umur 2 tahun.