Jumaat, 1 Januari 2016

Bengkel Ibu Bapa SpeechWork Therapy : Gabungan Terapi Pertuturan dan Terapi Carakerja


Belajar bahasa bukan semudah yang disangka, tambahan pula bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa disertai dengan masalah-masalah pada perkembangan motor halus dan sensori mereka. Kita belajar melalui deria (sensori). Jika terdapat masalah sensori pada kanak-kanak, ia akan menyebabka kanak-kanak sukar untuk belajar perkara baru tambahan pula bahasa dan komunikasi. Oleh itu terapi cara kerja juga sama pentingnya dengan terapi pertuturan yang mana ianya saling berkait rapat diantara satu sama lain.


Dengan kesedaran itu, saya menggabungkan pengetahuan terapi pertuturan dan terapi cara kerja bagi mendapatka hasil terapi yang lebih baik. Saya menggunakan teknik penggabungan ini yang saya kenali sebagai SPEECHWORK THERAPY di dalam terapi berkumpulan dan hasilnya sememangnya berbeza dan memberangsangkan.

Apa yang anda akan belajar dalam speechwork?
  • Komponen penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
  • Teknik mengajar bahasa kepada kanak-kanak dari sebelum bercakap sehingga bercerita
  • Perkembangan motor pada kanak-kanak dan kepentingannya
  • Kaitan sensori dalam pembelajaran bahasa
  • Teknik integrasi sensori (Sensory Integration) dan sensori diet
  • Bagaimana menggabungkan teknik terapi pertuturan dan carakerja dengan efektif dan melakukannya sendiri di rumah
  • Demonstrasi teknik-teknik pengajaran

Siapa yang boleh hadir ke bengkel ini?

Ibu bapa, guru atau penjaga yang mempunyai / mengajar kanak-kanak dengan masalah:
  • Autism
  • Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
  • Global Developmental Delay (GDD)
  • Down Syndrome
  • Kanak-kanak lambat bercakap dengan daya tumpuan yang pendek
  • Atau masalah-masalah lain yang berkaitan bahasa dan perkembangan motor/sensori


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai bengkel SPEECHWORK ini seperti berikut:

TARIKH
:
24 Januari 2016
MASA
:
8.00 am – 5.00 pm
YURAN
:
RM180 / Seorang
TEMPAT
:
I Master Training Academy, 32-2 Jalan Reko Sentral 4, Jalan Reko Sentral, 43000 Kajang, selangor


Siapa Penceramahnya?


Bengkel ini akan dikendalikan oleh saya sendiri SLP Aishah dan Terapis carakerja OT Pn. Liyana 





Noraishah Kassim
Patologis Pertuturan Bahasa





Liyana Raya
Terapis Carakerja


Bagaimana Mendaftar?
Ikut langkah-langkah berikut untuk pendaftaran :

  1. Buat pembayaran ke akaun seperti yang tertera di atas.
  2. Hantarkan slip bayaran ke 012-2947272 atau emailkan ke aishahkassim@gmail.com
  3. Sertakan juga maklumat peserta seperti NAMA, NO TELEFON dan EMAIL
  4. Tentatif dan maklumat bengkel akan dihatar ke telefon atau email anda
  5. Datang ke bengkel pada tarikh dan masa yang ditetapkan



ATAU

Hubungi 012-2947272 (SLP Aishah) untuk keterangan lanjut.

Tiada ulasan: