Tips Stimulasi Bahasa

Tips #1
Sebutkan atau ceritakan apa yang anak anda lakukan. sebagai contoh ketika sedang bermain diluar rumah, anda boleh bercakap mengenai perbuataanya seperti "adik lari, adik lompat tinggi, adik siram bunga, adik pegang kayu, adik main bola, adik korek tanah" dan sebagainya. Tapi ingat, gunakan bahasa dan ayat yang ringkas dan mudah untuk senang difahami oleh anak anda. Banyakkan berbual dan bercakap walaupun ada kalanya anda kelihatan seperti "bercakap seorang diri" . Tapi percayalah, kanak-kanak mendengar.


Tips #2
Terangkan atau bualkan apa yang sedang anda lakukan, lihat, dengar dan rasa kepada anak anda. Sebagai contoh, ketika waktu makan, ayat yang boleh anda sebut adalah seperti "mama makan, mama minum, mama bancuh air, mama potong buah, abang makan epal, ayah makan ayam, ee..oren masam, mama ambik sudu, dan banyak lagi".

          Ini membolehkan kanak-kanak mengaitkan secara terus perbuatan yang dilakukan dengan ayat / perkataan yang bersesuaian. Ia juga boleh menjadi model untuk anak membuat ayat yang betul. Teruskan bercakap walaupun anak tidak mengulang apa yang anda sebutkan, tetapi pastikan anak melihat perbuatan anda semasa anda menyebut ayat... Rasa seperti syok sendiri pun ada kadang-kadang, tapi untuk mengajar apa salahnya.

Tips #3
Terangkan atau bualkan mengenai objek yang anak anda lihat atau sedang bermain. Sebagai contoh ketika kanak-kanak sedang bermain kereta, ayat yang boleh anda sebut adalah seperti "lajunya kereta, kereta besar, kereta kecil, alamak..kereta rosak, kereta warna merah, tayar kereta cabut, kereta jalan, kereta masuk bawah meja dan banyak lagi". 

          Anda boleh menerangkan setiap ciri-ciri yang ada pada objek seperti warna, saiz, kedudukan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini boleh menambahkan bilangan kosa kata kanak-kanak mengenai konsep yang ada seperti warna, bentuk, saiz dan sebagainya. Selain itu juga, ia juga boleh mengeratkan hubungan antara anda dengan anak anda. 

Tips #4
Apabila berbual dengan kanak-kanak, kita susah untuk lari dari bertanya soalan. Bukan tidak boleh bertanyakan soalah, tetapi kita mesti cuba untuk mengawal soalan yang ditanya agar soalan yang diajukan boleh menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir.
           Biasakan diri anda untuk bertanya "SOALAN JENIS TERBUKA" kepada anak. sebagai contoh "kita nak buat apa dengan sudu?, nak basuh baju guna apa?, orang tu buat apa?, macam mana nak bancuh milo?, kenapa baby nangis?,dll" .. Soalan jenis terbuka akan menggalakkan kanak-kanak berfikir dan mencari jawapan yang sepatutnya..Elakkan/kurangkan bertanya soalan yang hanya memerlukan jawapan "ya/tidak"
           TETAPI, jenis soalan yang ditanya mestilah sepadan dengan kebolehan dan umur anak. Jangan bertanya soalan "kenapa" jika anak hanya berusia 2 tahun... dan JANGAN LUPA untuk membantu anak anda untuk menjawab soalan dengan betul jika mereka tidak dapat menjawab / diam sahaja.
 


Tips #5


Kembangkan perkataan, frasa atau ayat yang anak anda sebut. kanak-kanak yang baru belajar bercakap semestinya hanya menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang mudah dan tidak lengkap. Jadi tugas kita adalah untuk mengembangkan ayat tersebut dengan menambah perkataan baru dan menjadikan ayat lebih panjang. 
          Sebagai contoh, jika anak menyebut "kucing" sambil menunjuk kepada kucing yang sedang tidur, maka ibu bapa boleh mengembangkan ayat tersebut kepada "kucing tidur atau kucing tengah tidur" . Dari situ, anak bukan sahaja dapat mempelajari perkataan baru iaitu "tidur", dia juga boleh mempelajari struktur ayat yang betul yang akan digunakannya nanti. Penambahan ayat juga boleh dilakukan contohnya seperti kanak-kanak menyebut "kucing tidur", ibu bapa boleh menambah ayat seperti "aah, tidur atas meja". Dari situ kanak-kanak boleh belajar konsep baru iaitu "atas" dan juga ayat yang betul untuk disambungkan dengan ayat sedia ada.
          Tak perlu tambah perkataan atau ayat panjang2..cukuplah 1-3 perkataan sahaja. Jika terlalu panjang, kanak-kanak sukar memahami dan mengingat ayat tersebut.

Tips #6

Ulang, ulang, ulang, ulang... ulang X44....

Pernah dengar tak orang cakap, kalau nak mengingat sesuatu kena hafal sampai 44 kali?



          Sebenarnya tak kisah berapa kali kita ulang, yang paling penting adalah ulang sebanyak yang boleh. Jadi samalah jika kita ingin mengajar anak memahami, bercakap, menyebut perkataan atau melakukan sesuatu, ianya haruslah dilakukan berulang-ulang. sebagai contoh anda ingin mengajar anggota badan (mata, hidung, mulu) kepada anak, lakukan ulangan perkataan tersebut dalam setiap aktiviti yang bersesuaian. sebagai contoh ketika mandi, ketika pakai baju, ketika bermain anak patung, dan sebagaiya.

          Pengulangan akan membantu kanak-kanak untuk memahami, mengingat dan menyebut perkataan tersebut dengan lebih baik.


Tips #7
Gunakan bahasa yang mudah, ringkas, pendek dan sesuai dengan tahap bahasa anak anda. Sebagai contoh, jika anak anda masih berada di tahap 1 perkataan, banyakkan penggunaan ayat 2-3 perkataan (adik sepak....sepak bola, kucing makan....makan ikan), jika anak berada pada tahap ayat 2 perkataan, banyakkan penggunaan ayat 3-4 perkataan (abang minum air, besarnya bola tu, baju warna merah) dan sebagainya. 
          Jika anda menggunakan ayat yang terlalu panjang, kanak-kanak mungkin akan mengalami kesukaran untuk memahami dan meniru sebutan ayat yang anda sebut. Ia juga boleh membantu kanak-kanak mempelajari struktur ayat yang betul. Selamat mencuba.

1 ulasan:

atie lazis berkata...

Terima kasih banyak untuk tips yang dikongsikan, info yang sangat berguna.

Saya akan cuba praktikkan dengan anak pertama saya yang agak lewat bercakap. Perbaiki kelemahan saya selama ini dan lebih meluangkan masa dengannya.